Tips Berjimat di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan ibadah. Kita diwajibkan berpuasa dan disunatkan melaksanakan ibadah sunat yang lain seperti bertadarus Al-Quran, solat tarawih, bersedekah dan sebagainya. Cuma kebanyakan daripada kita membazir apabila tiba waktu berbuka. Dengan kewujudan Bazar Ramadhan di sana-sini, kita ditawarkan dengan pelbagai juadah. Semuanya tampak sedap di mata. Maklumlah seharian kita menahan lapar dan dahaga. Sepatutnya apabila kita berpuasa, banyak yang kita boleh jimat iaitu makan pagi, makan tengahari dan minum petang. Tambahan pula, apabila kita berbuka, cepat je kita kenyang. Habis juadah yang banyak kita beli tu? Dalam banyak kes, terbuang begitu sahaja.

Ada beberapa sebab kenapa pembelian juadah di Bazar Ramadhan tidak menjadi pilihan saya:

  1. Mahal.
  2. Kebanyakannya tidak menepati selera.
  3. Ada yang dijual sudah pun basi. Mungkin masak terlalu awal atau stok semalam carry forward.
  4. Lihat kepada peniaga sendiri. Kita sepatutnya memilih peniaga yang menutup aurat dan mementingkan kebersihan. Lagi pula, kita tidak tahu adakah peniaga tersebut menunaikan solat atau pun tidak. Ini penting kerana siapakah gerangan yang menyediakan juadah untuk kita?

Jadi, berikut adalah tips saya untuk berjimat di Bulan Ramadhan:

Masak Sendiri di Rumah

Makanan yang ringkas pun sedap sebab itu adalah masakan rumah. Mungkin orang bujang rasa rugi masak, sebab sikit sangat, tak berbaloi. Tapi, jika anda cuba masak 2-3 lauk untuk 3 kali makan, lebih jimat. Lauk lebih, anda boleh simpan di dalam freezer.

Kurangkan atau Elakkan Kunjungan di Bazar Ramadhan

Sekali-sekala ke Bazar bolehlah. Kita boleh wujudkan satu hari istimewa untuk membeli juadah istimewa di Bazar. Mungkin hari tersebut, hari keluarga berkumpul. Cuma, bukanlah setiap hari. Ini kerana terlalu banyak pilihan. Bila terlalu banyak pilihan, banyak lah duit keluar nanti J

Rancang Menu Anda

Rancang menu anda untuk seminggu bagi waktu bersahur dan berbuka puasa. Dengan ini anda boleh merancang bajet untuk membeli lauk-lauk mentah untuk menu anda.

Rancang Menu Berdasarkan Jualan Murah di Pasaraya Terdekat

Jika ada jualan murah berkenaan lauk-lauk mentah atau barang dapur lain, rancang menu berdasarkan bahan mentah tersebut.

Bahan Resipi Tak Perlu Lengkap

Apabila kita berpuasa, kita memang suka menyelak buku resipi dan laman web berkenaan resipi. Jika ada bahan yang tidak lengkap dalam dapur kita, dan jika kita ada alternatif lain, dan selagi bahan tersebut bukanlah bahan yang paling utama atau memberi kesan besar terhadap masakan kita, tidak perlulah kita bersusah-payah ke kedai untuk mencari bahan tersebut. Bimbang pula, barang lain yang tidak tersenarai pun, kita beli.

Pilih Menu Yang Tidak Memerlukan Banyak Bahan Masakan

Pilihlah menu yang tidak banyak resipinya. Contohnya, nasi lemak, mihun goreng, dan asam rebus ikan. Masakan di rumah sudah tentunya sedap, di samping jimat dan dijamin kebersihannya.

Kesimpulannya, apabila kita berjimat, kita dapat simpan duit lebihan untuk hari raya dan bersedekah. Bukankah itu lebih membahagiakan?

Apakah tips berjimat anda?

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Petua Jimat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s