Tips Mencari Jualan Murah

Dengan kos harga barang yang tinggi, kita perlu bijak dalam menyusun atur belanja. Perbelanjaan seperti makanan, keperluan lampin dan susu anak, pakaian, penyelenggaraan kereta dan sebagainya perlu diuruskan dengan sebaiknya. Oleh itu, kita perlu peka bilakah jualan murah akan diadakan bagi menjimatkan kos perbelanjaan kita. Berikut ialah tips mencari jualan murah:

Senaraikan Barangan Keperluan

Senaraikan barangan yang menjadi keperluan anda. Anda juga mungkin mempunyai senarai barangan yang menjadi idaman anda.

Dapatkan harga biasa (normal price)

Anda perlu mempunyai senarai harga barangan pada harga biasa bagi barangan yang anda perlukan atau idamkan. Luangkan masa untuk membandingkan harga bagi 2-3 pasaraya.

Lihat Laman Web Pasaraya

Anda perlu kerap melawat laman web pasaraya untuk mendapatkan info terkini jualan murah. Biasanya, pada hari Jumaat, pasaraya terkemuka akan mengemaskini promosi terbaru di laman web mereka.

Selak Akhbar

Selain hujung minggu, terdapat juga pasaraya mengiklankan jualan murah di akhbar pada hari bekerja. Biasanya saya selak akhbar Harian Metro atau The Sun untuk mencari promosi terkini.

Daftar Keahlian

Daftar keahlian juga menguntungkan. Ada juga syarikat yang menghantar sms dan flyer mempromosi jualan terkini. Tetapi pastikan anda memang selalu membeli barangan di kedai atau pasaraya tersebut. Contoh daftar keahlian adalah seperti The Store Card, Anakku dan SenQ.

Pastikan Berbaloi

Pastikan penjimatan yang didapati itu berbaloi. Jika hanya membeli satu barang dan perjalanan ke pasaraya pun memakan kos, eloklah dilepaskan sahaja jualan murah tersebut. Perlu diingat juga, anda mencari jualan murah berdasarkan senarai yang anda buat. Jangan kerana barang tersebut murah (dan tiada dalam senarai), anda juga tidak mahu melepaskannya. Anda tidak akan mencapai objektif yang sebenar.

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Petua Jimat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s