Bina Jadual Bajet (Siri 1)

Saya telah menggunakan jadual bajet semenjak tahun 2008. Saya mula bekerja selepas tamat pengajian pada tahun 2000. Selama 8 tahun saya bekerja saya tidak pernah ada bajet! Oleh kerana itu, tidak hairanlah saya mempunyai masalah kewangan, seringkali tidak cukup duit pada hujung bulan, hanya mampu membuat pembayaran minimum kad kredit, tertunggak bayaran bulanan kereta dan macam-macam lagi! Simpanan pun tak ada!

Pada tahun 2008, saya mengambil inisiatif untuk memperbaiki kewangan saya, memandangkan pada ketika itu anak pun dah nak masuk 2. Rumah pun baru beli. Saya mulakan langkah dengan menyediakan jadual bajet. Saya mula tergerak hati untuk membuat jadual bajet setelah saya belajar dari rakan sekerja saya! Dia memang hebat dalam menyimpan dan berjimat!

Saya membina jadual bajet menggunakan perisian Microsoft Excel. Setelah hampir 3 tahun menggunakan jadual bajet, berikut ialah faedah yang saya perolehi:

  1. Memantau aliran tunan dengan berkesan.
  2. Dapat mengenalpasti hutang yang perlu diberi perhatian lebih.
  3. Dapat membuat bajet yang tepat untuk perbelanjaan sara hidup seperti belanja dapur, utiliti, anak, makan, minyak kereta dan sebagainya.
  4. Dapat mengenalpasti apakah perbelanjaan yang utama dan perbelanjaan yang boleh saya tangguh ke masa lain.
  5. Merancang kewangan saya pada bulan-bulan akan datang.
  6. Apabila kita dapat melihat nombor dengan jelas, kita tahu bahawa status kewangan kita buruk, cukup-cukup makan atau baik. Ini memberikan satu motivasi untuk terus meperbaiki kewangan kita.

Akhirnya, ada 2 perkara di bawah yang telah saya capai selepas menggunakan jadual bajet:

  1. Hutang kad kredit langsai.
  2. Berjaya membuat simpanan setiap bulan untuk diri sendiri dan anak-anak (mula menyimpan walau mula dengan 20 ringgit sekali pun!)

Kita akan bersambung untuk Siri 2 bagaimana cara saya membuat jadual bajet.

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Bajet, Petua Kewangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s