Resolusi Kewangan 2011

Sumber gambar (Source): http://www.istockphoto.com

Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya, dan kita akan menyambut tahun 2011 tidak lama lagi. Sepanjang tahun 2010, ada beberapa perkara berkaitan kewangan yang telah saya langsaikan dan berjaya lakukan iaitu:

  1. Pinjaman peribadi yang sepatutnya habis tahun 2012
  2. 1-2% daripada pendapatan untuk kebajikan
  3. Simpanan peribadi yang berterusan sepanjang tahun 2010 (sebelum ini gagal!)
  4. Bajet lengkap untuk setiap keperluan diri dan keluarga
  5. Menyelongkar mana-mana jualan murah barang keperluan seperti susu, pampers, pakaian dan barang dapur
  6. Menutup semua akaun kad kredit yang ada

Tabiat kewangan yang baik akan saya teruskan dan berikut ialah resolusi tahun 2011 saya akan:

  1. Melangsaikan sedikit lagi hutang dengan suami saya kerana beliau yang meminjamkan wang untuk pembayaran penuh kad kredit
  2. Membawa sendiri bekalan sarapan ke pejabat. Rekod menunjukkan saya telah berjimat sebanyak RM60 sebulan kerana membawa bekal untuk sarapan pagi
  3. Membeli-belah dengan senarai beserta anggaran harganya sekali
  4. Menyimpan wang secara bulanan mulai Januari 2011 untuk persekolahan anak tahun berikutnya, cukai pintu, indah water, lesen memandu, insurans kereta dan cukai jalan
  5. Merancang perjalanan untuk menjimatkan minyak
  6. Membuat pelaburan bermula dengan RM1000

Apakah resolusi kewangan anda?

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Petua Kewangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s