Sistem Sampul Surat

Selamat tahun baru 2011 diucapkan kepada pengunjung blog! Hari ini saya ingin kupas tentang sistem sampul surat. Setiap bulan, apabila saya memperolehi gaji, saya akan membahagikan wang kepada beberapa sampul surat untuk urusan tunai. Urusan seperti pembayaran pinjaman perumahan, premium takaful atau pembayaran online lain tidak saya masukkan ke dalam sampul surat. Antara sampul bagi urusan tunai tersebut ialah:

  1. Barangan keperluan dapur
  2. Susu dan pampers anak
  3. Baju anak
  4. Pakaian
  5. Ibu/Bapa
  6. Minyak kereta

Biasanya saya menggunakan sampul duit raya dan melabelkan kategori seperti di atas. Kebaikan menggunakan sistem sampul:

  1. Kita dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih baik. Apabila duit di dalam sampul sudah dihabiskan, bermakna kita tidak perlu berbelanja lagi!
  2. Kita akan fokus untuk berbelanja tunai sahaja! Tiada lagi kad kredit!

Langkah-langkah melaksanakan sistem sampul surat:

  1. Buat senarai bajet yang diperlukan. Anda digalakkan mempunyai jadual bajet dahulu seperti di dalam artikel ini.
  2. Sediakan beberapa sampul surat dan labelkan sampul mengikut kategori.
  3. Masukkan wang tunai ke dalam sampul.
  4. Berbelanja mengikut sampul. Apabila wang sudah habis, bermakna kita tidak perlu berbelanja lagi!
  5. Ambil masa dan maafkan diri anda sekiranya tidak berjaya pada permulaan. Usaha lagi sehingga anda dapati sistem sampul surat memudahkan hidup anda!

Ada ketika, saya berbelanja di pasaraya dan perbelanjaan meliputi pelbagai kategori. Apa yang saya buat, saya akan berbelanja pada sampul yang mempunyai wang paling banyak. Apabila pulang ke rumah, sampul-sampul lain yang berkaitan dengan perbelanjaan tersebut, akan ‘membayar’ balik sampul yang saya gunakan di pasaraya tadi.

Anda bagaimana? Sudahkah mengamalkan sistem sampul surat?

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Bajet, Petua Kewangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s