Simpanan Utiliti dan Cukai

Bil utiliti dan cukai seperti Indah Water, Cukai Pintu, Cukai Tanah, Cukai Jalan sebenarnya beban bagi saya untuk membayarnya. Contohnya Indah Water RM48 bagi setiap 6 bulan, Cukai Tanah RM20 setahun, Cukai Pintu RM265 setahun dan banyak lagi. Tahun-tahun sebelum saya tidak pernah membuat simpanan perkara sedemikian. Sejak bulan Oktober tahun lepas, saya mula membuat simpanan bulanan daripada gaji saya untuk perkara-perkara berikut:

  1. Cukai pintu: RM22
  2. Cukai tanah: RM2
  3. Cukai jalan dan insurans kereta: RM30-RM50 (kereta saya dah 10 tahun, jadi cukai dan insuran sikit je J)
  4. Indah water: RM6
  5. Lesen kereta: RM3

 

Saya lakukan kaedah ini sebab rasa mudah untuk mengumpul wang secara sedemikian daripada terpaksa mencari duit untuk bayar sekaligus atau bawa keluar pula wang simpanan dalam bank. Kalau boleh, wang simpanan dalam bank untuk perkara-perkara betul-betul emergency sahaja.

Wang simpanan saya asingkan dalam sampul surat mengikut kategori yang dinyatakan dan disimpan di tempat selamat dalam rumah, atau anda boleh sahaja simpan dalam bank akaun yang khas untuk bil-bil seperti ini.

Akan datang saya cuba pula usaha simpan wang berdikit untuk servis kereta. Purata servis kereta RM500 setiap 3 bulan. Maklumlah kereta dah lama ada sahaja yang perlu diganti!

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Simpanan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s