Drama Nasi Kosong Ikan Kering

Image

Sudah lama saya tak menulis di dalam blog ini. Saya teringat pada bulan puasa baru-baru ini saya menonton sebuah drama di Astro Prima iaitu Nasi Kosong Ikan Kering, dilakonkan oleh Jehan Miskin dan Sari Yanti. Sebenarnya, saya tidak begitu berminat dengan drama Melayu, kerana kebanyakan drama Melayu menghidangkan kisah cinta tiga segi, pasangan curang, penceraian, dan gila harta.

Tetapi saya begitu asyik dengan drama ini. Kisahnya berkenaan sepasang suami isteri yang baru berkahwin menjalani kehidupan berjimat-cermat, demi mendapatkan balik rumah pusaka arwah ayah Jehan Miskin. Bagi mencapai matlamat tersebut, setiap hari mereka akan makan nasi kosong dan ikan kering sahaja. Kalau lebih sikit pun, tambah kicap sahaja.

Pada suatu hari, isterinya lakonan Sari Yanti mengidam inginkan makan steak di hotel. Suaminya yang kedekut berasa susah hati lalu berbincang dengn kawan-kawannya bagaimana ingin memenuhi hasrat isterinya. Hasil perbincangan tersebut, sang suami membawa si isteri ke suatu tempat, di mana mereka disambut dengan taburan bunga oleh rakan-rakannya. Dengan menambah sedikit elemen romantik seperti lilin dan hiasan meja, akhirnya isterinya gembira walau pun tidak dapat makan di hotel mewah.

Kesimpulan:

1)      Apabila kita mahu mencapai target kewangan tertentu, kita harus nekad untuk hidup di bawah kemampuan (bukan di dalam kemampuan, jauh sekali di luar kemampuan). Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

2)      Apabila kita teringin sedikit kemewahan (contohnya teringin makan steak di hotel), kita boleh fikirkan cara yang kreatif bagaimana kita ingin mendapatkan pengalaman yang sama tetapi dengan kos yang lebih murah.

Cuma yang lucunya saya kurang bersetuju suaminya sangat kedekut, sehinggakan isteri mengandung pun terpaksa makan nasi kosong ikan kering!

 

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Petua Jimat, Petua Kewangan, Sikap and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s