Hakikatnya Berjimat-cermat Tanggungjawab Semua

Image

“Tolong mak, boleh? Air di paip sinki menitis-nitis. Mak tak boleh nak uruskan sendiri,” adu ibu mertua kepada Tuan Suami.

Paip sinki di dapur perlu ditukar, dan apabila kami pulang ke kampung di Melaka, itulah peluang terbaik Mak meminta bantuan.

Kebetulan di rumah jiran juga sedang menggunakan khidmat tukang paip. Lalu Tuan Suami mengambil kesempatan memanggil tukang paip supaya meninjau-ninjau kerosakan tersebut.

“Paip ni perlu diganti,” ujar pakcik tukang paip tersebut.

“Tak pe lah, berapa sahaja kos upah dan paipnya saya bayar.” kata Mak lalu menghulurkan nota RM100 kepada pakcik tersebut supaya mencarikan paip yang bagus di kedai hardware.

“Mak, dah siap baiki!” lapor Tuan Suami kepada Mak.

“Alhamdulillah. Mak rasa berdosa sangat.” ujar Mak menarik lafas lega.

“Mak tengok Tanyalah Ustaz TV9. Ustaz kata berdosa membazir. Mak tengok air menitis-nitis, mak ralat sangat.”

Saya terfikir, “Masya Allah perkara sekecil ini Islam begitu menitik-beratkan!” Lalu saya teringat paip di bawah sinki bocor di rumah kami masih belum diusahakan lagi.

Kisah 20 sen

Image

 

3 September 2013 baru-baru ini kita dikejutkan kenaikan harga petrol RON95 dan Diesel sebayak 20 sen.  Tidak lama kemudian, harga petrol RON97 pula dinaikkan sebanyak 15 sen. Kenaikan ini tidak dapat tidak akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain. Harga barang mesti naik!

“Kerajaan dapat menjimatkan  sekelian-sekelian billion dengan pengurangan subsidi ini.”

“Penjimatan ini akan disalurkan kepada peningkatan sumbangan BRIM nanti.”

“Rakyat mesti ubah cara hidup dan berjimat-cermat. “

Biasa sangat mendengarnya.

Ya, memang betul. Rakyat mesti berjimat-cermat. Tetapi saya juga mencadangkan golongan pemerintah juga turut berjimat-cermat dan berhemah dalam membelanjakan harta negara.

Hakikatnya, berjimat-cermat tanggungjawab semua malah ia dituntut dalam Islam!

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in jimat-cermat, Sikap. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s