5 Kisah Menabung Sebagai Sumber Inspirasi

Image

Hari ini saya ingin kongsikan kisah menabung dari pembacaan di internet dan pengalaman peribadi.

1. Kisah Peribadi – Menabung 50 sen

Saya mendapat tabiat ini daripada suami. Setiap kali wang syiling 50 sen diperolehi, kami akan menabung ke dalam tabung anak-anak. Biasanya dalam satu tabung penuh, kami memperolehi  jumlah tabungan antara RM70 ke RM80. Selepas itu, barulah saya akan menyimpan wang tabungan ke akaun bank anak-anak di Bank Rakyat. Tabungan ini mengambil masa antara 6 hingga ke 8 bulan untuk penuh. Ya memang lama, tapi sekurang-kurangnya kami dapat menyimpan sejumlah wang.

2.       Kisah Emak – Tabung Peti Sejuk

Masa zaman saya kecik-kecik dulu, hidup kami tidaklah sesenang mana. Mak dan ayah banyak berjimat untuk mencukupkan apa yang patut. Walau bagaimanapun, emak saya masih sempat menyimpan wang syiling dan menyimpannya di dalam tabung di atas peti sejuk. Suatu hari, adik mak dari jauh ingin bertandang ke rumah. Mak agak panik juga sebab bila tetamu datang mestilah kena masak istimewa sikit. Mujurlah ada tabungan peti sejuk tu, bolehlah mencukupkan belanja meraikan tetamu.

 3.       Kisah Filem Up – Tabung Balang Kaca

Pernah tengok filem Up? Kisah sepasang suami isteri yang memasang impian melancong ke Paradise Fall. Setiap kali mereka memperolehi baki wang syiling, mereka akan sentiasa menabung wang tersebut di dalam balang kaca yang diletakkan di ruang tamu. Tetapi selalu jugalah balang kaca terpaksa dipecahkan dek kerana perkara tak diduga berlaku – tayar pancitlah, pokok menghempap atap rumahlah dan masuk hospital. Bayangkan kalau tidak menabung langsung!

 4.       Tabung Bunian

Kisah ini saya dapat melalui pembacaan saya di internet. Sebuah keluarga yang tinggal di dalam rumah buluh. Salah satu tiang rumah dijadikan tabung. Jadi setiap kali dapat duit, ayahnya pasti akan memasukkan sebahagian wang ke dalam tabung bunian. Tabung ini  dinamakan tabung  bunian sebab tak siapa pun dapat tahu jumlahnya dan tak siapa pun dapat ambil duit tersebut.

Kalau ingatan saya tidak silap, suatu hari mereka sekeluarga pindah dan ayahnya merobohkan rumah buluh tersebut. Bayangkan daripada simpanan tabung bunian daripada tiang buluh tu mereka memperolehi jumlah tabungan sebanyak RM4000!

Kemudian, ada orang kaya ingin menjual tanahnya untuk mendapatkan tunai. Pada masa itu, RM4000 nilainya sangat besar. Ayahnya pun dapatlah membeli tanah orang kaya tu kerana gigih menabung.

 5.       Simpan Lima Ringgit!

Ada satu lagi kisah yang saya baca di facebook. Setiap kali dapat RM5, individu yang berkongsi kisah ini akan memasukkan wang ke dalam tabung. Kalau RM1 tu nilainya kecil sangat, kalau RM10 besar sangat! Beliau menyimpannya di dalam tabung yang lutsinar supaya sentiasa teruja dan seronok melihat duit hijau berkumpul begitu banyak.

 

Sebenarnya terpulang kepada kita apakah matlamat tabungan seperti ini, sama ada mahu menyimpan di dalam bank atau pun sebagai tabungan kecemasan atau pun tabungan melancong atau mendapatkan televisyen baru! Apakah gaya tabungan tuan/puan?

 

 

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in jimat-cermat, Petua Jimat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s