5 Barang Dapur Yang Wajib Ada

Image

Ada ketikanya kita kehabisan lauk (atau kehabisan duit) di rumah. Bila jadi macam tu, fikiran kabur tak tahu nak masak apa. Berikut saya senaraikan 5 barang dapur yang patut ada dalam pantri anda yang boleh ditukarkan ke hidangan yang mengenyangkan dan menjimatkan.

1. Tepung Gandum

Tepung gandum boleh sahaja ditukar menjadi jemput-jemput. Kalau rajin sikit tukar jadi roti jala (tapi kari kenalah ada, baru syok). Atau kalau anda memang kaki masak, tukarkannya jadi pasta atau sup cendawan!

2. Beras

Masak beras jadi bubur! Letak garam sebagai perasa. Nak sedap lagi, penyekkan bawang putih dan halia dan masukkan ke dalam bubur.

3. Ikan Bilis

Anda boleh buat sambal ikan bilis sebagai satu-satunya lauk tengahari anda. Sedap dan menyelerakan.

 

4. Sardin dalam Tin

Sardin ni macam-macam boleh buat. Kita boleh buat sambal sardin, kari sardin atau sardin roll.

5. Kentang

Anda boleh rebus dan sapukan bersama mentega dan garam, kentang lenyek atau pun kentang goreng.

Apakah barang dapur yang patut ada dalam pantri anda?

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Dapur. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s