10 Cara Bersedekah Tanpa Perlu Mengeluarkan Wang

Image

 

Umat Islam dituntut bersedekah bagi membantu mereka yang tidak berkeupayaan dan tidak mampu. Selain diwajibkan zakat, kita juga digalakkan memperuntukkan sedikit pendapatan kita bagi membantu mereka yang memerlukan. Selain mengeluarkan wang untuk bersedekah, saya senaraikan 10 cara bersedekah tanpa menggunakan wang:

 

  1. Barangan Kitar Semula

Anda boleh mengumpul barangan kitar semula seperti plastik, kertas dan aluminium. Botol sabun pencuci, botol minyak masak, tin minuman, tin biskut, kotak pizza dan kotak tisu adalah antara yang boleh anda longgokkan di rumah terlebih dahulu sebelum memberi sumbangan kepada mereka yang berkenaan.

Seorang jiran di rumah ibu mertua saya pengumpul barangan kitar semula. Pendapatannya membuat kuih dari rumah memang tidak seberapa. Jadi cara ibu mertua menyumbang adalah dengan memberikan barangan kitar semula kepada jiran. Dengan cara ini jirannya dapat menambahkan pendapatan dengan menjualkannya semula.

Mulakan dengan mengumpul barang kitar semula dan asingkan mengikut kategori plastik, tin, kaca dan kertas. Letakkan di dalam sarung plastik dan ikat dengan kemas. Kemudian, anda boleh meletakkannya di depan rumah anda dan dapatlah pekerja buang sampah itu menambahkan pendapatannya. Alam sekitar juga dapat dipelihara.

2. Perabot dan Peralatan Elektrik Yang Tidak Diperlukan Lagi

Ada badan kebajikan yang menerima perabot dan peralatan elektrik terpakai untuk disumbangkan kepada yang memerlukan. Anda bolehlah menyumbang di samping dapat mengurangkan sedikit jumlah barang di rumah.

3. Sisa Makanan

Sekiranya ada sisa makanan seperti tulang ayam, ikan dan nasi, anda boleh berikan kepada kucing-kucing jalanan di sekitar perumahan anda. Emak saya tidak buang sisa-sisa makanan. Emak akan letakkan di dalam bekas di luar dapur. Mesti habis licin!

Pengalaman saya apabila makan KFC, kami sekeluarga pasti teringat akan kucing-kucing tak bertuan di rumah kami. Kami akan bungkus tulang-tulang ayam dan bawa balik ke rumah.

4. Hasil Tanaman

Sekiranya anda menanam sayur dan herba, anda boleh berikan hasil tanaman kepada jiran-jiran dan rakan sepejabat. Biasanya apabila saya balik kampung, saya pasti akan membawa pulang daun kunyit dan bendi.

5. Ilmu dan Tunjuk Ajar

Anda boleh memberikan tunjuk ajar ilmu dan kepakaran anda secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Berkongsi resepi juga merupakan salah satu ilmu dan kepakaran.

6. Tenaga

Gunakan tenaga dan kesihatan anda untuk membantu kaum keluarga dan mereka yang dalam kesusahan. Anda boleh meluangkan masa membantu membaiki rumah atau membersihkan surau.

7. Tumpangkan Kereta Anda

Tumpangkan pejalan kaki sekiranya anda sehaluan jalan destinasi anda.

Suami saya pernah terserempak dengan orang tua yang agak uzur di bandar. Lalu Tuan Suami bertanya ke mana destinasinya, iaitu stesyen bas. Tuan Suami menghantar pakcik tersebut hingga ke dalam bas. Perasaan gembira kerana dapat membantu.

Tapi pilih juga siapa yang hendak anda tumpangkan. Jangan sampai mengabaikan keselamatan anda.

8. Kata-kata dan Dorongan Yang Baik

Siapa tahu dengan kata-kata, pujian dan dorongan, anda telah mengubah seseorang untuk menjadi lebih baik.

Saya pernah mempunyai seorang pelajar yang selalu ponteng kelas. Saya juga kerap menegur sikapnya. Saya tahu dia tidak suka. Suatu hari, beliau lulus dengan baik dalam satu ujian. Saya memujinya dengan berkata, “Kamu selalu tak datang ke kelas saya. Tapi dapat menjawab soalan ini dengan baik. Lepas ini, janganlah ponteng lagi ya? Saya mahu kamu lulus dan dapat buat praktikal.” Hasilnya? Beliau tidak pernah ponteng kelas saya sejak hari itu.

9. Doa

Doa juga satu bentuk sumbangan yang baik. Sekiranya anda mengetahui sahabat dalam kesusahan, lakukanlah solat hajat, berdoa dan sedekahkan Fatihah untuknya, moga Allah membantu meringankan beban beliau.

10. Senyum

Senyum itu kan sedekah? Senyuman boleh berjangkit. Senyuman anda pasti menceriakan hari seseorang. Kalau muka kelat, tak siapa yang suka, malah orang akan berkecil hati pula dengan kita.

About nilaiseringgit

Seorang isteri dan ibu yang hampir bebas hutang (tinggal hutang perumahan sahaja). Sedang berusaha kuat menjalani kehidupan berjimat-cermat dan sederhana (frugality). Sangat sukakan topik kewangan, kemurahan hati dan kesederhanaan! Saya bukan profesional dalam pengurusan kewangan dan saya menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk rundingan pengurusan kewangan anda.
This entry was posted in Amal and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s